YAB Perdana Menteri dalam ucapan sempena perasmian Program 100 Hari AKM pada 9 Disember 2021 mengumumkan pencapaian program 100 Hari AKM akan diteruskan dengan melibatkan program jangka masa sederhana bagi tempoh enam (6) bulan berikutnya iaitu Januari hingga Jun tahun 2022.
Dalam hal ini, prestasi YB Menteri dan kementerian dinilai dengan berdasarkan tiga (3) elemen utama iaitu Penilaian Prestasi kementerian/agensi, Penilaian Kepimpinan berdasarkan keberkesanan keberhasilan inisiatif, serta Penilaian Persepsi Awam terhadap Ahli Jemaah Menteri dan kementerian/agensi di bawah tanggungjawab mereka.
Sehubungan itu, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku sekretariat AKM sukacita mempelawa orang awam (selaku responden) untuk memberi maklum balas tinjauan soal selidik ini.
Tinjauan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A: Demografi & Bahagian B: 5 Elemen Penilaian. Ia akan mengambil masa kurang daripada tujuh (7) minit untuk memberi maklum balas.