Kementerian Pengajian Tinggi
TINJAUAN SOAL SELIDIK TERHADAP YB MENTERI DAN KEMENTERIAN DALAM PROGRAM JANGKA SEDERHANA (JANUARI – JUN) TAHUN 2022 ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) AHLI JEMAAH MENTERI

Tinjauan Soal Selidik telah ditutup

keluarga_malaysia
Tinjauan ini bertujuan mendapat pandangan warga kementerian/agensi terhadap YB Menteri dan kementerian/agensi dalam Program Jangka Sederhana (Januari – Jun) Tahun 2022 Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Ahli Jemaah Menteri.
YAB Perdana Menteri dalam ucapan sempena perasmian Program 100 Hari AKM pada 9 Disember 2021 mengumumkan pencapaian program 100 Hari AKM akan diteruskan dengan melibatkan program jangka masa sederhana bagi tempoh enam (6) bulan berikutnya iaitu Januari hingga Jun tahun 2022.
Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku sekretariat AKM sukacita mempelawa warga kementerian/agensi untuk turut terlibat sama dalam memberi maklum balas tinjauan soal selidik.
Tinjauan ini akan mengambil masa kurang daripada tujuh (7) minit untuk warga kementerian/agensi (selaku responden) memberi maklum balas.
Tinjauan menggunakan instrumen soal selidik ini adalah bagi kegunaan analisis sekretariat semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat atau perkongsian maklumat oleh pihak lain perlu mendapat kebenaran daripada sekretariat terlebih dahulu.

Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan sekretariat seperti e-mel yang dinyatakan
jata
Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Jabatan Perdana Menteri

hasif@jpm.gov.my

jata
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Jabatan Perdana Menteri

sekretariatkpiybmenteri@mampu.gov.my

jata
Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU)
Jabatan Perdana Menteri

sekretariatkpisepadu@jpm.gov.my