YAB Perdana Menteri dalam ucapan sempena perasmian Program 100 Hari AKM pada 9 Disember 2021 mengumumkan pencapaian program 100 Hari AKM akan diteruskan dengan melibatkan program jangka masa sederhana bagi tempoh enam (6) bulan berikutnya iaitu Januari hingga Jun tahun 2022.
Dalam hal ini, Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku sekretariat AKM sukacita mempelawa warga kementerian/agensi untuk turut terlibat sama dalam memberi maklum balas tinjauan soal selidik.
Tinjauan ini akan mengambil masa kurang daripada tujuh (7) minit untuk warga kementerian/agensi (selaku responden) memberi maklum balas.